Penyokong PH lupa, pemimpin mereka bebas sebab diberi pengampunan.
Penyokong PH lupa, pemimpin mereka bebas sebab diberi pengampunan.
Terlalu cepat ahli ahli Pakatwn Harapan dan PKR terutamanya terlupa bahawa pemimpin mereka Datuk Seri Anwar dapat bebas dari penjara atas sebab diberi ampun terhasil dari kompromi politik.
Ketika mahu menghadapi pilihanraya ke14 , Tun Mahathir yang terlalu ketagih untuk menjadi Perdana Menteri sanggup berkompromi untuk membebaskan Anwar dengan syarat Anwar setuju parti PKR menjadi alat tunggangan Mahathir.
Mahathir dibawa oleh Azmin Ali sanggup mengadap Anwar yang sedang berada dimahkamah untuk tujuan itu.
Maka itu lah episod yang sepatut tidak dilupakan oleh ahli ahli PH hari ini terutama nya ahli PKR.
Amat tidak wajar jika ada ahli PH persoal atau perlekeh permohonan maaf yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang diwakili oleh anak nya pada sidang media.
DSNR dipenjarakan pada kes yang terkenal dengan ketidakadilan dan bertujuan semata mata untuk penjarakan nya.
Najib bukan dipenjarakan atas kesalahan moral atau nafsu.
Permohonan maaf Najib juga bukan “admit of guilt” kerana dimahkamah semua orang tahu tiada bukti yang dapat ditunjukan membuktikan Najib mencuri.
Apa yang Najib lakukan semata mata mengaku kesilapan urusan nya bertindak dalam 1MDB dan memohon maaf kerana tersilap pilih orang, perbuatan orang bawahan yang tidak amanah dan juga terlalu mempercayai pihak tertentu.
Seorang veteren UMNO dan Setiausaha veteren umno Datuk Mustapha Yaakub telah membidas pihak tertentu yang menghina permohonan maaf DSNR.
Datuk Mustapha berkata Bekas Perdana Menteri itu menjadi mangsa penganiyaan berterusan apabila titah Addendum bagi menjalani tahanan rumah telah disembunyikan.
Maka , pihak yang mencela Najib harus sedar bahawa Najib dipenjarakan atas perbicaraan berat sebelah dan kemudian dinafikan tahanan rumah.
Hal ini dipercayai akan menjadi kes dan isu besar jika satu hari nanti Barisan Nasional mengetuai kerajaan dan kes boleh dibuka dibawah akta engkar titah DiRaja.
Akhir sekali kepada penyokong PH, sedarlah juga bagaimana pemimpin kamu dibebaskan dan atas kesalahan apa beliau dipenjarakan.
You must be logged in to post a comment.