Bawah kedai makan, atas rumah pelacuran

Oleh – Syeikh Baran

Bawah kedai makan, atas rumah pelacuran

Bawah kedai makan dan atas rumah pelacuran, itu antara premis persundalan yang berjaya dibongkar sepasukan polis ke atas sebuah hotel terbiar di Jalan Pasar Baharu, Pudu di sini tengah malam tadi.



Malah, premis itu juga dipercayai telah mengubah modus operandi mereka dengan pelanggan perlu naik ke tingkat atas untuk mendapatkan khidmat seks.

Ini kerana taktik menunggu pelanggan di kedai makan di tingkat bawah sering dihidu pihak berkuasa menyebabkan premis tersebut diserbu beberapa kali sebelum ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu bermula kira-kira pukul 11.45 malam.

Jelas beliau, hasil serbuan di tingkat enam hingga 11 hotel berkenaan berjaya menahan 10 wanita warga asing disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan.

“Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 kepada lelaki warga asing dan pelanggan tetap bermula pukul10 malam sehingga pukul 4 pagi.



“Mereka disyaki masuk ke negara ini sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran secara “freelance” tanpa dikawal mana-mana penjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, pemeriksaan terhadap rumah yang didiami wanita berkenaan berjaya menemukan pelbagai barangan dipercayai digunakan dalam aktiviti persundalan seperti kondom, gel pelincir, minyak urut dan tisu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker