Sindiket dadah antarabangsa benua Amerika tumpas

Oleh – Syeikh Baran

Sindiket dadah antarabangsa benua Amerika tumpas

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan cubaan menyeludup dadah dari benua Amerika ke Asia Barat membabitkan dadah jenis Methamphetamine seberat 207 kilogram (kg) bernilai RM6.7 juta.



Dadah itu berjaya dikesan menerusi pemeriksaan ke atas sebuah kargo transit di zon komersial bebas (FCZ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, kes itu berjaya dikesan hasil maklumat dan risikan diberikan Direktorat Jeneral Kawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, dadah itu disembunyikan dalam sebuah mesin industri jenis Kawalan Berangka Komputer (CNC) seberat 2.5 tan.

“Lebih licik, 40 bungkusan dadah itu diletakkan dalam ruang dalam mesin itu sebelum diisi kapur dan kemudian disemen bagi mengelak dikesan mesin pengimbas.



“Siasatan awal mendapati, dadah itu dipercayai akan diedarkan ke negara-negara di Asia Barat, manakala mesin itu pula diikrar sebagai CNC biarpun ia tidak lagi berfungsi,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker