Bayar cepat tiket pelanggan yang berdepan kelewatan penerbangan

Oleh – Syeikh Baran

Bayar cepat tiket pelanggan yang berdepan kelewatan penerbangan

Syarikat penerbangan disarankan mempercepatkan bayaran balik penuh kepada pelanggan bagi kelewatan penerbangan lima jam dan lebih bagi penambahbaikan ke atas prosedur operasi standard (SOP) mereka.

Ini kerana kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tempoh pembayaran semula dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan sebelum ini terlalu lama untuk pelanggan mendapatkan semula wang mereka.

Jelasnya, langkah untuk mengurangkan tempoh tersebut adalah bagi melindungi hak pengguna dan sekali gus meningkatkan imej syarikat penerbangan di pasaran.

“Pengguna ada hak untuk menuntut bayaran balik penuh dan tempoh 30 hari itu ada tempoh maksimum yang diberikan kepada syarikat penerbangan.

“Tetapi kita harap mereka (syarikat penerbangan) dapat percepatkan dan kalau dapat dipercepatkan imej syarikat itu lebih baik bagi pemasaran mereka dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar) yang bertanyakan tentang tempoh bayaran balik kepada pelanggan untuk kelewatan penerbangan melebihi lima jam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker