Guru didakwa ceroboh pejabat bekas kekasih

Guru didakwa ceroboh pejabat bekas kekasih

Guru didakwa ceroboh pejabat bekas kekasih
N Retha berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Slim River selepas didakwa menceroboh masuk pejabat milik bekas teman lelakinya di sebuah klinik. – NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

SLIM RIVER: Seorang guru wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menceroboh pejabat bekas teman lelakinya, Mac lalu.

N Retha, 41, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret G Phulrani Kaur.

Mengikut pertuduhan, ibu tunggal itu didakwa memasuki bilik pejabat P Navaneeth, 35, di sebuah klinik dekat sini, pada jam 3 petang, 3 Mac lalu.



Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar, menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dengan syarat tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu




Peguam N Vilassini yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum atas alasan anak guamnya yang juga guru penolong kanan kokurikulum di sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh, Selangor dan pencari nafkah tunggal, perlu menanggung dua anak masing-masing berusia 14 dan 16 tahun serta bapanya yang sakit.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 18 Oktober depan untuk serahan dokumen.

Guru didakwa ceroboh pejabat bekas kekasih

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker