KDN bangun aplikasi semak kesahihan hadis
KDN bangun aplikasi semak kesahihan hadis
Kementerian Dalam Negeri (KDN) membangunkan aplikasi khusus menyemak hadis bagi membantu masyarakat mendapatkan kesahihan sesuatu hadis dengan lebih tepat.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yusoff, berkata aplikasi berkenaan kini berada di peringkat prototaip selepas inisiatif itu dimulakan awal tahun ini.
Ia, katanya, dalam proses diuji dengan fungsinya bagi memudahkan masyarakat menyemak sesuatu hadis sebelum disebarkan, selain mengelakkan penyebaran hadis palsu yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.
“Setakat ini kawalan dan penguatkuasaan kita lakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sekatan akaun jika membabitkan hantaran di laman sosial atau dalam talian.
“Jika ada aduan, kita buka siasatan bersama polis dan untuk ikut evolusi teknologi, kita cuba bangunkan kawalan ini menerusi aplikasi pula. Zaman sekarang, terlalu banyak hadis palsu disebarkan tanpa kawalan.
“Fokus utama untuk daftar sebanyak mungkin hadis palsu atau hadis dilihat menyelit ideologi provokasi boleh mengundang kegusaran dan mengacau ketenteraman awam seperti membangkitkan protes, pergaduhan serta sensitiviti pihak tertentu,” katanya.
Beliau yang ditemui media pada Seminar Hifz al-Quran: Wakaf Ibtida’ dan Program Wacana Hadith 2024 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini, berkata KDN turut berhasrat membangunkan aplikasi Waqaf Ibtida’.
Katanya, aplikasi itu bagi memberi panduan kepada masyarakat mengenai cara membaca al-Quran dengan tepat.
Sebelum ini, beliau menjelaskan, KDN sudah melancarkan aplikasi Smart Quran yang diluluskan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) KDN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan SKMM.
Menerusi aplikasi itu, masyarakat boleh mendengar surah dan bacaan yang diinginkan yang dimuat turun secara percuma di peranti telefon pintar masing-masing.
Nik Yusaimi memaklumkan, KDN turut berdepan cabaran mengawal salah guna al-Quran pada cetakan naskah, tulisan mural pada dinding masjid dan perhiasan rumah mengandungi kesalahan pada ayat, tanda bacaan serta huruf.
“Kesalahan sedemikian boleh membawa maksud yang mengelirukan,” katanya. BH
KDN bangun aplikasi semak kesahihan hadis
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week