Amerika dengan pantas menjadi muflis – Elon Musk

Amerika dengan pantas menjadi muflis – Elon Musk

Usahawan billionair, Elon Musk, berpendapat bahawa Amerika Syarikat (AS) akan muflis ‘dengan pantas’ berikutan masalah kewangan yang dihadapinya, lapor agensi berita Russia, Sputnik .

“Amerika sedang menuju ke arah menjadi muflis dengan amat cepat,” katanya ketika perbincangan di All-In Podcast semalam.



Musk berkata bayaran faedah ke atas hutang negara AS kini lebih tinggi berbanding belanjawan pertahanan negara itu.

Malah, beliau menyatakan negaranya itu berhutang lebih AS$1 trilion (RM4.35 trilion) setahun hanya untuk membayar faedah.

Jabatan Perbendaharaan AS dilaporkan berkata, hutang negara itu kini adalah sekitar AS$35 trilion (RM152 trilion).

AS mengalami defisit belanjawan kronik melebihi pendapatan selama hampir satu abad, kali terakhir terdapat jumlah pendapatan melebihi kos perbelanjaan adalah dari 1920 hingga 1930.



Satu-satunya pemimpin AS selepas Perang Dunia II yang mencatatkan pendapatan melebihi belanjawan ialah Harry Truman (1946-1950).

Sementara itu, belanjawan melebihi pendapatan kerajaan terbesar berlaku di bawah pentadbiran Ronald Reagan iaitu sebanyak AS$1.34 trilion (RM5.8 trilion).

AS membiayai defisit belanjawan yang sangat besar dengan hutang negara, iaitu pada bulan Julai buat kali pertama melebihi paras AS$35 trilion (RM152 trilion) dan hanya dua minggu kemudian bertambah sebanyak AS$160 bilion (RM696 bilion) lagi. BH

Amerika dengan pantas menjadi muflis – Elon Musk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…



Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times



Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker