Tangan Jojo patah sebelum tumbangkan Cruz

Johan Ghazali kini merekodkan enam kemenangan dari tujuh pertarungan.

Tangan Jojo patah sebelum tumbangkan Cruz

Di sebalik kejayaan hebat jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar menumbangkan lawan dari Mexico, Josue Cruz Sabtu lalu, terselit satu cerita tidak diketahui ramai.

Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo sebenarnya mengalami patah tangan sebelum pertarungan ONE 168: Denver itu.



Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Johan di laman Facebook miliknya dengan memuat naik video keadaan tangannya yang mengalami kecederaan itu enam minggu sebelum pertarungan dengan Cruz itu.

“Inilah tangan Jojo yang patah sebelum lawan lagi dah patah. Jojo hampir tarik diri dan ramai tak tahu. Tetapi, Alhamdulillah Allah bagi semangat,” katanya yang bersyukur sempat pulih sebelum aksi menentang petarung dari Mexico itu.

Kemenangan itu juga membolehkan Johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM216,500 daripada ONE Championship kerana berjaya menumpaskan lawan hanya dalam satu pusingan sahaja.

Johan kini merekodkan enam kemenangan dari tujuh penampilan dengan lima kemenangan datang dari pukulan KO.



Kekalahan pertama atlet darah campuran Malaysia dan Amerika Syarikat ini adalah di tangan wakil Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, Jun lalu. BH

Tangan Jojo patah sebelum tumbangkan Cruz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker