‘Tentera bawang’ buat malu negara
‘Tentera bawang’ buat malu negara
Nama ‘tentera bawang’ mungkin lucu, namun hasilnya, Malaysia menduduki tangga kelima dunia dalam kategori buli siber.
Dapatan itu adalah hasil daripada kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
Bagi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pula merekodkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia bagi kadar buli siber, sekali gus menunjukkan masalah yang semakin serius.
November lalu, kerajaan dalam usaha mengkaji kewajaran mewujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menangani gejala yang dilihat semakin membarah.
Terbaharu, pelumba Jepun, Shinji Nakano menerima tempias ‘tentera bawang’ negara ini apabila terbabit dalam satu insiden perlanggaran dengan pelumba daripada Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika temasya Olimpik di Paris, baru-baru ini.
Akibat insiden itu, ribuan ‘tentera bawang’ yang terdiri daripada pengguna media sosial negara ini membanjiri ruangan komen atlet Jepun itu.
Berdasarkan pemerhatian, lebih 30,000 komen membanjiri platform Instagram milik Nakano dan rata-ratanya adalah pengguna media sosial negara ini yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada atlet itu.
Perkara sama berlaku kepada pelumba berbasikal trek Britain, Jack Carlin di Olimpik Tokyo 2020 apabila dikatakan turut menghimpit Shah Firdaus sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua acara keirin terpaksa dimulakan semula.
Insiden sama turut berlaku beberapa tahun sebelum ini apabila atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan pingat emas selepas atlet para lontar peluru Ukraine, Maksym Koval mengemukakan protes.
Akibatnya, ‘tentera bawang’ negara ini menyerang laman sosial Koval sehingga memaksanya menutup akaun sedia ada dan membuka akaun media sosial baharu susulan insiden itu.
Berdasarkan satu laporan berita, Koval mendakwa akaun media sosial miliknya digodam rakyat Malaysia selepas ‘menyerangnya’ dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran di akaunnya. HM
‘Tentera bawang’ buat malu negara
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET