TMJ cadang Harimau Malaya diswastakan

TMJ cadang Harimau Malaya diswastakan

Sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan skuad Harimau Malaya, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim melontarkan idea agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sosial miliknya apabila berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.



Berdasarkan dokumen itu, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal.

Ia akan dibantu beberapa pegawai termasuk Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi & Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.

Malah, dalam perkongsian itu juga, Tunku Ismail memuat naik gambar beliau bersama Anwar pada 23 Ogos lalu iaitu sehari sebelum aksi final Piala FA antara JDT dan Selangor FC bulan lalu.

Sebelum ini, cadangan sama pernah dibangkitkan namun ia mendapat tentangan hebat pemerhati dan bekas pemain kebangsaan.



Terdahulu, Anwar mengumumkan durian runtuh buat pasukan negara dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Dimaklumkan RM10 juta datangnya daripada kerajaan menerusi Kementerian Kewangan manakala baki RM5 juta lagi merupakan tajaan daripada syarikat-syarikat swasta.

Pengumuman itu dilakukan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan hari ini. BH

TMJ cadang Harimau Malaya diswastakan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’



Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok



Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker