Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN

Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN

KOTA BHARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyarankan orang ramai supaya menggunakan aplikasi penjejak dalam telefon bimbit bagi memantau pergerakan ahli keluarga.

“Sebagai ibu bapa, perlu tahu pergerakan anak-anak. Saya sendiri sebagai suami dan bapa juga memantau pergerakan mereka melalui aplikasi penjejak dalam telefon bimbit.



“Saya mengetahui segala pergerakan mereka walaupun saya sebagai Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, dengan Timbalan Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, belum ada keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas walaupun banyak kes orang hilang dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Beliau menjelaskan ini kerana polis mengesan bukan semua laporan kes terbabit adalah kes orang hilang sebenarnya, sebaliknya ada yang lari dari rumah, termasuk disebabkan masalah keluarga.

“Justeru, tiada keperluan untuk menubuhkan pasukan khas walaupun banyak kes orang hilang dilaporkan.



“Ini memandangkan yang dilapor hilang itu bukannya (semua) hilang, sebaliknya ada yang lari dari rumah,” katanya.

Beliau sekali gus meminta orang ramai membuat laporan polis dengan segera sekiranya mendapati mana-mana ahli keluarga gagal dihubungi.

“Jika sebelum ini laporan polis hanya dibenarkan dibuat selepas 24 jam, namun kini tidak lagi. Buatlah laporan polis dengan segera jika mana-mana ahli keluarga dikesan hilang dan gagal dihubungi,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai penggunaan kamera badan dalam operasi harian polis pula, Razarudin memaklumkan ia akan dilaksanakan pada tahun ini.



“Setakat ini, kita sudah menjalankan projek rintis membabitkan Selangor dan Kuala Lumpur. Menerusi projek rintis berkenaan, kita akan melihat penambahbaikan yang perlu dilakukan,” katanya. BH

Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker