Hancurnya harapan isteri Diogo Jota selepas tragedi
Hancurnya harapan isteri Diogo Jota selepas tragedi

Lisbon: Isteri kepada mendiang Diogo Jota, Rute Cardoso akhirnya meluahkan kesedihan mendalam di laman sosial selepas pemergian suami tercinta dalam nahas jalan raya yang menggemparkan dunia bola sepak.
Dalam satu hantaran penuh emosi, Rute hanya menulis tiga perkataan pendek namun sangat menyentuh hati “Ya, selamanya… tapi bukan begini.”
Kenyataan itu merujuk kepada kapsyen perkahwinan mereka sebelum ini yang turut memaparkan gambar indah di majlis pernikahan yang berlangsung pada 22 Jun lalu. Pasangan berkenaan baru sahaja melafazkan ikrar cinta abadi namun takdir berkata sebaliknya.
Rute dan Jota yang bersama sejak zaman remaja dikurniakan tiga orang cahaya mata dan sering berkongsi momen bahagia mereka sebagai satu keluarga.
Luahan Rute turut menerima ribuan respons daripada peminat rakan sepasukan dan masyarakat bola sepak global. Ramai yang berkongsi kesedihan dan memberikan kata kata semangat buat wanita itu yang kehilangan suami dan bapa kepada anak anaknya dalam sekelip mata.
Tragedi yang berlaku di Zamora utara Sepanyol itu meragut dua nyawa iaitu Jota dan adiknya Andreé Silva selepas kereta mewah yang dipandu terbabas dan terbakar dalam keadaan mengerikan.
Kelab Liverpool turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga Jota serta menyatakan bahawa Rute dan anak anak mereka akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga kelab itu.
Di luar Stadium Anfield ratusan peminat berkumpul sambil membawa bunga lilin dan jersi sebagai penghormatan terakhir buat pemain kesayangan mereka. Nama Jota dilaung bersama tangisan dan doa.
Kehilangan ini bukan hanya menyentuh hati seorang isteri tetapi juga menggoncang emosi seluruh dunia bola sepak. Ia mengingatkan semua bahawa kehidupan ini sangat singkat dan cinta sejati itu kekal walaupun dalam perpisahan abadi.
Hancurnya harapan isteri Diogo Jota selepas tragedi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.