Jangan pusing main politik, Anwar ‘sound’ Muhyiddin

Jangan pusing main politik, Anwar ‘sound’ Muhyiddin

Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang tidak mempersoalkan siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bawah Akta Hasutan.

Perdana menteri berkata, pihak yang terlanjur dalam ucapan termasuk Muhyiddin perlu menanggungnya dan tidak menjadikan ia isu untuk kepentingan politik.

Kamu melanggar peraturan dan kamu telah terlanjur maka kamu kena hadapinya, katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani di Taman Desa.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang menuduhnya dan pemimpin Pakatan Harapan dalam kerajaan hipoktrit kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap presiden Bersatu itu.

Semalam, Hamzah berkata Anwar dan PH berulang kali secara zalim menggunakan Akta Hasutan selepas berkuasa untuk menekan dan menindas lawan politik.

Manakala, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad berkata terdapat dasar moratorium (menggantung) Akta Hasutan ketika bekas perdana menteri menjadi menteri dalam negeri.

Beliau turut membidas kerajaan perpaduan yang didakwanya menggunakan akta itu walaupun sebelum ini mereka menganggap ia sebagai zalim.

Sementara itu, Anwar berkata beliau tidak campur tangan siasatan ke atas Muhyiddin sebaliknya tindakan diambil selepas Istana Pahang membuat laporan polis.

Laporan dibuat oleh Istana Pahang jadi tak usah dia pusing dia tahu, cuma dia nak main politik…isu ini diangkat Istana Pahang, katanya.

Jangan pusing main politik, Anwar ‘sound’ Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker