Hina Orang Asli, guru wanita disiasat polis
Hina Orang Asli, guru wanita disiasat polis
SEREMBAN – Seorang guru sebuah sekolah agama di negeri ini kini disiasat berhubung komennya yang merendah-rendahkan Orang Asli susulan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, semalam.
Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Putra Hashim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana guru yang melanggar peraturan-peraturan berkuat kuasa.
“Siasatan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan Subperaturan 19(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] berkaitan Pernyataan Awam.
“Berdasarkan peraturan berkenaan, seseorang pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan kerajaan tentang apa-apa isu,” katanya hari ini
Ujar Putra lagi, kes berkenaan juga akan dirujuk pada para 5.3 (iii), Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2023 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM.
Menurutnya, kakitangan awam KPM tidak boleh membuat atau berkongsi sebarang pernyataan yang menyentuh perkara yang boleh menjejaskan imej dasar kerajaan, maklumat yang tidak sahih, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah.
“Oleh itu pemantauan akan dilaksanakan terhadap guru yang terlibat serta pelaporan akan dibuat oleh Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN Negeri Sembilan,” katanya.
Terdahulu, tular mengenai kenyataan seorang guru yang menyamakan penyokong parti tertentu dengan masyarakat Orang Asli. K Online
Hina Orang Asli, guru wanita disiasat polis
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)
You must be logged in to post a comment.