Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil jika tidak patuh.

Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan tambahan sebulan lagi bagi dua anak bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, mengisytiharkan aset mereka.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki, berkata kedua-duanya mempunyai tempoh sehingga pertengahan September bagi berbuat demikian.



“Itu keputusan akhir.

Jika mereka gagal patuh, SPRM akan ambil tindakan undang-undang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu acara SPRM di Hotel Royale Chulan.

Pada Mei, SPRM bersetuju memberi lanjutan masa kepada Mirzan Mahathir dan adiknya, Mokhzani, untuk mengisytiharkan aset masing-masing.

Bagaimanapun, Azam tidak mendedahkan tempoh lanjutan itu.



Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, tahun di mana Mahathir menjadi perdana menteri.

Kedua-dua beradik itu telah menerima dua tempoh lanjutan berbanding tarikh akhir asal pada Februari.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata siasatan kes rasuah melibatkan dua projek lebuh raya bernilai RM11 bilion di Lembah Klang sedang giat dilakukan apabila 11 individu ditahan dengan 11 kertas siasatan dibuka.

“Saya ada mendapat makluman daripada pegawai siasatan, kertas siasatan sedang giat disiapkan di mana setiap satu siasatan memerlukan tambahan lima ke enam orang saksi lagi.



Jadi, kalau 11 kertas siasatan maksimum dalam 50 orang saksi yang perlu dipanggil memberi keterangan, katanya.

Pada Jun, syarikat konsesi lebuh raya, Kumpulan Prolintas mengesahkan ketua pegawai eksekutif dan dua pengurusan tertinggi ditahan SPRM melibatkan dua projek. Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas adalah Azlan Abdullah.

SPRM juga menangkap lima individu yang memiliki syarikat sendiri atas dakwaan menawarkan suapan bagi kontrak.

Mengulas kes pasangan pempengaruh media sosial yang didakwa menyeleweng dana awam menerusi platform kutipan derma dalam talian, Azam berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada timbalan pendakwa raya.



Bulan lalu, SPRM menahan pasangan itu – Hazalif Hazani, 30, yang terkenal sebagai Alif Teega, dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 – bagi membantu siasatan. FMT

Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker