Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan

Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad di Jalan Dato Panglima Bukit Gantang di sini.

Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan orang awam bahawa suspek yang disyaki kurang siuman membawa sebilah pisau ke lokasi kejadian pada 1.56 tengah hari semalam.



Kira-kira 2 petang, menurutnya, polis menahan suspek yang sedang mengamuk dan merampas pisau itu.

Suspek seorang warga tempatan berusia 31 tahun yang merupakan penganggur. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan jenayah dan sembilan bagi dadah, menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Katanya, suspek dibawa ke Hospital Bahagia Hulu Kinta untuk rawatan selepas semakan mendapati dia memiliki rekod pesakit mental.



Pihak polis ingin menasihati orang ramai tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, suspek bertindak agresif dengan melibaskan pisau dibawanya beberapa kali ke arah polis ketika dihampiri dan diminta melepaskan senjata itu, selain berlaku pergelutan semasa tangkapan.

Dalam insiden itu, seorang anggota polis cedera di siku kiri selepas proses tangkapan, manakala tiada orang awam cedera, begitu juga suspek.

Semasa ditahan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalan dan hanya memberikan butiran diri melalui akuan lisan. FMT



Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker