Pemecatan Dato’ Perba tidak sah – Balai Undang Luak Rembau
KUALA LUMPUR: Balai Undang Luak Rembau memaklumkan pemecatan gelaran Dato’ Perba disandang Abdul Razak Mohd Yassin bertentangan dengan undang-undang adat serta tidak sah.
Justeru, institusi berkenaan menafikan kenyataan berhubung pemecatan gelaran Dato’ Perba merangkap Dato’ Lembaga Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak serta Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pesaka Undang Luak Rembau ke-22.
Dato’ Lembaga Kanan Tiang Balai Baruh Institusi Balai Rasmi Undang Luak Rembau, Dato’ Merbangsa Azmi Ahmad melalui satu kenyataan, memaklumkan institusi berkenaan juga tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dan mengeluarkan sebarang perintah pemecatan terhadap Dato’ Perba Abdul Razak Mohd Yassin.
“Gelaran Dato’ Perba adalah dimasyhurkan dan pelantikannya hanya boleh dibuat Undang Luak Rembau mengikut adatnya termasuklah pemecatannya.
“Oleh yang demikian sebarang keputusan memecat gelaran Dato’ Perba oleh mana-mana individu dan/atau kumpulan selain daripada sabda Undang Luak Rembau dan institusi Balai Rasmi Undang Luak Rembau adalah bertentangan dengan undang-undang adat, di luar kuasa dan tidak sah,” katanya.
Terdahulu, Buapak Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Rembau, Datuk Samaraja Dzulkefli Ismail melalui kenyataan memaklumkan gelaran pesaka adat Abdul Razak sebagai Dato’ Perba Lembaga Biduanda Waris Nan Dua Carak Rembau dilucutkan berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, keputusan dibuat Ibu Soko Waris Biduanda Delapan Kampung Nan Dua Carak pada Rabu lalu mengambil kira pelbagai salah laku aturan adat dilakukan Dato’ Perba berikutan kemelut dalam pencarian bakal Undang Rembau ke-22.
Tambahnya lagi, pelucutan turut diperkukuhkan dengan sokongan Dato’-Dato’ Buapak Delapan Kampung Waris Biduanda Nan Dua Carak.
Dalam pada itu, Azmi berkata Institusi Rasmi Balai Undang Luak Rembau mengecam mana-mana tindakan secara langsung atau tidak langsung yang boleh mengganggu-gugat proses Pemasyhuran Pesaka Undang Luak Rembau ke-22 yang telah, sedang dan akan dijalankan mengikut adat dan aturan termaktub.
Pemilihan Undang Luak Rembau diadakan bagi menggantikan Muhamad Sharip Othman, 83, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 15 Mei lalu.
Pemilihan Undang di Negeri Sembilan perlu dipilih daripada calon-calon daripada Suku Biduanda, selaku suku asal di negeri itu.
Terdapat 12 Suku dalam sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Lapan kampung terbabit dalam mewarisi jawatan itu iaitu Kampung Tanjung, Kampung Pulau, Kampung Chengkau, Kampung Tengah, Kampung Tebat, Kampung Bukit, Kampung Gadong dan Kampung Kota.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mamat enggan cari gaduh dengan Jep
You must be logged in to post a comment.