Tunjuk perasaan antiperkauman di UK semakin teruk, rakyat Malaysia hanya keluar bila perlu
Tunjuk perasaan antiperkauman di UK semakin teruk, rakyat Malaysia hanya keluar bila perlu
Rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) memaklumkan tunjuk perasaan antiperkauman yang berlaku di negara itu kali ini lebih teruk dan ganas berbanding insiden pada 2013.
Amilia Ahmed Khozim, 43, yang sudah hampir 20 tahun menetap di Colchester, UK berkata ketika ini dia dan ahli keluarganya terpaksa membataskan rutin harian dan hanya keluar rumah jika ada keperluan mendesak.
Katanya, rusuhan sama pernah berlaku pada 2013, namun protes kali ini berlaku dalam skala lebih besar dan ganas.
“Suami saya sepatutnya perlu ke pejabat sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu, namun disebabkan rusuhan ini, dia hanya kerja dari rumah.
“Protes kali ini sudah menyebabkan beberapa anggota polis cedera dan ada juga orang Islam serta individu bukan kulit putih yang cedera diserang, namun belum ada dilaporkan meninggal dunia,” katanya kepada BH.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dan keluarga sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, namun pada masa sama polis UK juga dikerahkan di seluruh kawasan dan bersiap sedia menjaga keselamatan semua pihak.
“Kerajaan UK pun bagus, cepat bertindak dan tangkap mana-mana pihak yang terbabit serta agresif masa rusuhan. Dalam berita, mereka terus letak gambar individu yang ditangkap dan semalam lebih 400 orang sudah ditahan.
“Kalau ikut protes pada 2013, dalam masa dua minggu keadaan akan reda. Selain itu, kalau rasa tak selamat, kita boleh lapor kepada Kedutaan Malaysia yang sentiasa memantau dan mengambil berat keadaan kami di sini,” katanya.
Nurul Atiqah Mohd Hiffni, 34, pula berkata sepanjang menetap di Loughborough, UK selama tiga tahun, ini adalah kali pertama dia berasa tidak selamat dan takut terutamanya ketika di tempat awam.
Dia yang menetap di UK bersama suami dan anak lelakinya berkata, rutin hariannya memerlukan dia berulang alik ke London dengan menaiki keretapi.
“Sepanjang nak masuk tiga tahun ni, ini kali pertama rasa macam “okay ke nak keluar” atau “okay ke nak nak pergi kerja” atau “selamat ke”.
“Hari-hari saya terpaksa naik pengangkutan awam selama dua jam dan macam-macam orang boleh jumpa… tapi saya tawakal saja,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa UK berhadapan tekanan semakin meningkat untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun selepas insiden pembunuhan kanak-kanak yang sekali gus mencetus kekacauan melibatkan perusuh sayap kanan di seluruh negara.
Pergolakan berkaitan maklumat salah mengenai insiden tikaman beramai-ramai yang membunuh tiga remaja perempuan minggu lalu merebak ke beberapa pekan dan bandar pada Sabtu lalu, ketika penunjuk perasaan anti-imigresen bertempur dengan polis.
Kira-kira 90 orang ditangkap selepas pertempuran meletus di perhimpunan di banyak tempat termasuk Liverpool, Manchester, Bristol, Blackpool dan Hull serta Belfast di Ireland Utara. BH
Tunjuk perasaan antiperkauman di UK semakin teruk, rakyat Malaysia hanya keluar bila perlu
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jep tak puas hati, ini respons Mamat