Aniq ikon baharu sukan negara – Hannah

Aniq ikon baharu sukan negara – Hannah

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan sebagai ikon baharu sukan negara.

Aniq yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik di Paris semalam, membuktikan betapa sukan angkat berat mampu memberi cabaran kepada pemburuan pingat di temasya terulung dunia itu.



Namun hanya satu kilogram (kg) menjadi pemisah untuknya membawa pulang pingat gangsa dalam kategori 61kg lelaki biarpun berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan jumlah angkatan 297kg.

“Walaupun baharu sahaja dimasukkan ke dalam program Road To Gold pada November lalu, beliau sudah menunjukkan peningkatan yang amat ketara, daripada ranking ke-10 kepada ‘top 4’ di Sukan Olimpik.

“Beliau telah menunjukkan bahawa sukan angkat berat mempunyai potensi raih pingat emas di LA2028 nanti,” kata Hannah dalam hantarannya di Facebook.

Pingat emas dipertahankan atlet China, Li Fabin dengan jumlah angkatan keseluruhan 310kg manakala wakil Thailand, Theerapong Silachai membawa pulang perak, 303kg. BH



Aniq ikon baharu sukan negara – Hannah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker