Ribuan rakyat Britain berarak bantah puak pelampau kanan
Ribuan rakyat Britain berarak bantah puak pelampau kanan
LONDON – Beribu-ribu penunjuk perasaan anti perkauman berhimpun di bandar-bandar seluruh England selepas seminggu rusuhan dan kekacauan tercetus, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Perhimpunan itu diadakan di lokasi-lokasi di mana protes kumpulan berhaluan kanan dijangka berlaku. Demonstrasi balas tersebut diadakan di utara London, Bristol dan Newcastle dan sebilangan lokasi lain, dengan sebahagian besarnya berlangsung secara aman.
Penunjuk perasaan berarak sambil membalas slogan perusuh dengan melaungkan slogan ‘imigran dialu-alukan di sini (Britain)’.
“Kami lebih ramai daripada anda,” kata penunjuk perasaan yang merujuk kepada perusuh dan samseng berhaluan kanan.
Siri protes itu disokong oleh kehadiran polis yang lebih ramai berbanding pada hujung minggu lalu, dan hampir tiada sebarang tanda kehadiran penyokong berhaluan kanan.
Rusuhan di England dicetuskan oleh berita palsu yang tersebar meluas secara online bahawa suspek yang menikam mati tiga kanak-kanak di bandar Southport pada 29 Julai lalu ialah pencari suaka beragama Islam.
Masjid dan hotel yang menempatkan pencari suaka di England adalah antara tempat yang menjadi sasaran kekacauan berterusan tersebut yang menyaksikan sebilangan kedai hangus dibakar serta dirompak.
Kelmarin, pemilik perniagaan di England menutup operasi mereka lebih awal kerana menjangkakan keganasan selanjutnya.
Peguam-peguam yang mewakili imigran pula diarahkan untuk bekerja dari rumah selepas senarai firma peguam cara dan agensi perunding dikongsi di laman sosial sebagai sebagai sasaran rusuhan.
Bagaimanapun, hanya segelintir tangkapan dibuat pada waktu petang kerana demonstrasi sebahagian besarnya berjalan secara aman di serata England. K Online
Ribuan rakyat Britain berarak bantah puak pelampau kanan
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET