Lelaki berparang, cota cuba samun wanita di Kesas

Lelaki berparang, cota cuba samun wanita di Kesas

SUBANG JAYA – “Mak mentua dan kakak ipar sekeluarga hampir-hampir nak kena samun”.

Demikian ciap seorang pengguna X @nafasafiqah hari ini selepas keluarganya berdepan detik cemas di sebuah stesen minyak berdekatan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini, awal pagi tadi.



Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas mengisi minyak di kawasan berkenaan.

“Suspek bersenjatakan parang dan cota. Lebih kurang empat suspek yang terlibat.

“Seorang bermotosikal dan lagi tiga orang menaiki kereta. Nombor plat kereta dan motosikal tak nampak,” ciapnya.

Pada masa yang sama, dia juga turut berkongsi rakaman papan pemuka (dashcam) dan beberapa keping gambar dipercayai Toyota Estima yang mengalami kerosakan.



Cermin tingkap bahagian penumpang di belah kiri dilihat mengalami kerosakan seperti dilibas dengan objek tajam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian.

“Kita ada terima laporan dan kes ini masih dalam siasatan,”ujarnya ringkas.

Terdahulu rakaman video dashcam berdurasi satu minit itu tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai pihak. K Online



Lelaki berparang, cota cuba samun wanita di Kesas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker