Ubat perangsang seks dirampas dalam Op Legasi 2.0

GEORGE TOWN : Ubat perangsang seks adalah antara sebahagian daripada 527 jenis ubat-ubatan dan produk tidak berdaftar bernilai RM4.4 juta yang berjaya dirampas dalam operasi bersepadu di beberapa negeri pada 30 Julai lalu.

Selain Pulau Pinang, operasi bersepadu yang dikenali sebagai Op Legasi 2.0 itu turut diadakan di Kedah dan Johor.

Rampasan produk haram itu dibuat menerusi 24 serbuan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus menumpaskan rangkaian sindiket penjualan produk terbabit yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu.



Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd. Zawawi Abdullah berkata, dalam operasi tersebut, sebuah kilang di Pulau Pinang juga telah diserbu kerana dipercayai membekalkan produk berkenaan khususnya ubat-ubatan perangsang seks yang mengandungi racun berjadual.

“Operasi sindiket ini berpusat di kilang Pulau Pinang dan mereka mempunyai rangkaian serta ejen-ejen di Kedah dan Johor yang menjual produk ini secara dalam talian.

“Untuk pengetahuan, pihak kami memantau sindiket ini sejak 2022 sehingga dapat mengesan rangkaian penghasilan dan penjualan ubat perangsang seks yang berada di Kedah dan Johor.

“Ubat-ubatan perangsang seks ini dihasilkan di kilang di Pulau Pinang dan ia dijual dengan menggunakan pelbagai label secara ‘online’ (dalam talian) antara RM100 hingga RM200,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin.



SEBAHAGIAN daripada ubat perangsang seks yang dirampas dalam serbuan di Pulau Pinang, Kedah dan Johor sebelum ini.

Menurut Mohd. Zawawi, nilai rampasan produk haram di Pulau Pinang adalah yang terbesar iaitu bernilai RM3.9 juta, manakala nilai rampasan di Kedah dan Johor masing-masing berjumlah RM452,000 dan RM65,000.

“Secara keseluruhannya, operasi di Pulau Pinang dijalankan terhadap 17 buah premis, di Kedah enam premis manakala di Johor pula, satu premis telah diserbu. Antara premis yang terlibat termasuk kilang, stor, gudang serta kediaman,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohd. Zawawi memaklumkan, dalam operasi itu juga, seramai sembilan individu berusia 20 hingga 50 tahun telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kesalahan memiliki racun berjadual untuk tujuan jualan tanpa lesen racun merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama,” katanya.



Tambah beliau, penggunaan ubat perangsang seks secara berterusan boleh memberi kesan seperti tekanan darah rendah, pening, pitam, kerosakan hati dan buah pinggang serta gangguan mental.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker