PM mahu bawa rakyat Palestin cedera dirawat di Malaysia
PM mahu bawa rakyat Palestin cedera dirawat di Malaysia
Kerajaan akan membantu rakyat Palestin yang cedera akibat kekejaman tentera Israel termasuk menyediakan kemudahan perubatan dan membawa mangsa ke negara ini untuk menerima rawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, untuk tujuan itu kerajaan memperuntukkan dana untuk membawa rakyat Palestin yang cedera atau merawat mereka di sana.
“InsyaAllah kita akan lakukan sedaya upaya. Kita akan bantu yang sakit sama ada dirawat di sana (Palestin) atau bawa ke mari untuk beri rawatan.
Kita akan teruskan tanpa tolak ansur, kerajaan akan peruntukan dana, katanya ketika berucap di Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, malam tadi.
Anwar berkata, beliau juga menghubungi Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan dan Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa serta Putera Mahkota Arab Saudi Mohamad Salman untuk terus berikan kerjasama dan bantuan kemanusiaan di Palestin.
Anwar dalam ucapannya juga turut mengakui keberaniannya bersuara di pentas dunia mengangkat hak kemanusiaan rakyat Palestin adalah atas sokongan rakyat tanpa berbelah bahagi kepadanya.
“Siapa kata saya berani sangat, saya hanya mewakili semua jalankan tanggungjawab.
Tapi saya juga manusia, saya tak mahu rakyat dizalimi saya tak mahu rakyat Palestin jadi hamba abdi, saya bangkit bersama saudara, bangkit perjuangkan hak Palestin, katanya.
Kira-kira 10,000 peserta menghadiri himpunan itu yang turut dihadiri anggota Jemaah Menteri dengan antara yang menyampaikan pidato termasuklah Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ramanan Ramakrishnan.
Himpunan Pembebasan Palestin itu adalah bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis di Palestin. FMT
PM mahu bawa rakyat Palestin cedera dirawat di Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.