Himpunan Pembebasan Palestin dihadiri ribuan rakyat
Ribuan orang ramai menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur bermula pada kira-kira 6.30 petang tadi.
Himpunan dalam keadaan cuaca baik dipenuhi orang ramai yang hadir berpakaian serba putih dan mengenakan mafela sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka, dimulakan dengan Pidato Pembebasan Palestin.
Sesi pidato diteruskan selepas Tazkirah dan Tadabur Ibrah Perjuangan Palestin serta seusai solat maghrib berjemaah yang diimamkan wakil Palestin dengan jemaah memenuhi ruangan di kawasan himpunan.
Turut diadakan persembahan oleh penyanyi Amir Masdi dan Faizal Tahir serta persembahan puisi oleh personaliti Fedtri Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
Peserta kemudian dipertonton tayangan video khas dari Gaza dan persembahan anak-anak Palestin yang menghibakan suasana perhimpunan.
Pidato Pembebasan Palestin diteruskan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin selepas tayangan video Belasungkawa Asy-Syahid Ismail Haniyeh.
Himpunan dijadual berakhir dengan persembahan Kumpulan Rabbani dan Awla diikuti Doa Qunut Nazilah.
Seorang peserta Ammar Abdul Razak, 40, berkata dia tiba dari Johor bersama rakan-rakan seawal 5 petang demi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas tanpa perikemanusiaan dilakukan rejim Israel.
“Saya amat terharu kerana lihat ramai rakyat daripada pelbagai latar belakang dan kaum turut bersama-sama menghadiri himpunan ini bagi melawan kekejaman Israel,” katanya kepada Bernama.
Khamis lepas, Perdana Menteri berkata himpunan solidariti itu adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.
Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama