Mahathir kembali cergas, dibenar keluar IJN

Mahathir kembali cergas, dibenar keluar IJN

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) ekoran batuk.

Memetik laporan sebuah media antarabangsa, pembantunya, Sufi Yusoff berkata, kesihatan bekas pemimpin UMNO berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah’.

Dr Mahathir dimasukkan ke institut berkenaan bagi mendapatkan rawatan pada 15 Julai lalu, iaitu lima hari selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-99 tahun.

Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital pada Januari lalu dan menjalani rawatan hampir dua bulan.

Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi rawatan jangkitan dan pemerhatian pada 26 Januari lalu, sebelum dibenarkan keluar pada 18 Mac.

Dr Mahathir juga mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 1989 dan 2007. Sinar

Mahathir kembali cergas, dibenar keluar IJN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker