Jika PAS-Umno bertaut Bersatu rugi

Jika PAS-Umno bertaut Bersatu rugi

Kerjasama PAS dan Umno andai ditautkan kembali akan merugikan Bersatu, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata penyebab Perikatan Nasional (PN) kelihatan ‘kukuh dan kuat’ berbalik kepada PAS, bukannya Bersatu.



Bersatu memerlukan PAS dalam usaha mengembangkan cita-cita politiknya. Jadi, dari sudut siapa yang akan rugi lebih banyak, berkemungkinan adalah Bersatu, katanya kepada FMT.

PAS memiliki 43 daripada 68 kerusi PN di Dewan Rakyat, manakala Bersatu mempunyai 25 susulan enam Ahli Parlimennya sebelum ini menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan. Muda mempunyai satu kerusi di pihak pembangkang, dengan baki 153 kerusi dikuasai komponen membentuk kerajaan perpaduan.

Azmi berkata, Bersatu sangat bergantung kepada PAS di sebalik kejayaannya.

Beliau berkata, contohnya Azizi Abu Naim menang Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk Bersatu pada PRN Ogos tahun lalu kerana ‘penyokong PAS’. Bertanding di bawah lambang PAS, Azizi satu daripada enam calon Bersatu menang kerusi DUN, melibatkan keseluruhan 45 kerusi di Kelantan.



Bagaimanapun, kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Speaker Mohd Amar Abdullah, dengan PRK dijadual berlangsung pada 17 Ogos.

Baru-baru ini, khabar angin kerjasama antara PAS-Umno pada PRU16 berlegar susulan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari, mendakwa pimpinan tinggi antara dua parti telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi.

Fadhli berkata, seorang pemimpin Umno tidak dinamakan mengaku berada dalam dilema berkait keberadaan partinya dalam kerajaan perpaduan ditunjangi Pakatan Harapan, yang dianggapnya merugikan.

Namun, Azmi berkata, apa disuarakan Fadhli berkait hubungan PAS-Umno berkemungkinan strategi timbal balas parti itu, menjawab apa diperkatakan jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, mengenai kemungkinan PAS menyertai kerajaan perpaduan.



Azmi juga percaya, rujukan Fadhli terhadap pemimpin Umno tidak dinamakan itu adalah sebahagian strategi untuk menjejaskan kestabilan parti itu di bawah teraju Presiden Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, penganalisis Asrul Hadi Abdullah Sani, berkatya sebarang kerjasama masa depan antara PH dan Barisan Nasional diketuai Umno bergantung kepada prestasi mereka, pada PRU16.

Jika prestasi Umno melemah dan hilang lebih banyak kerusi pada PRU akan datang, pemimpin PKR dan Umno akan mendesak untuk menamatkan kerjasama sedia terjalin, katanya yang pernah berkhidmat dengan BowerGroupAsia.

Bagaimanapun, Asrul berkata, jika PAS-Umno kembali bertaut, Bersatu patut mengelak bekerjasama dengan PH kerana mampu menjejaskan kejayaan pada pilihan raya menentang Umno.



Bersatu berisiko memporak-perandakan kredibilitinya dalam kalangan pengundi Melayu luar bandar dan akan mendapati parti mereka sukar dibezakan dengan Umno, katanya. FMT

Jika PAS-Umno bertaut Bersatu rugi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker