‘Ampun, tak buat dah’

‘Ampun, tak buat dah’

Seorang kanak-kanak menangis teresak-esak selepas ibu bapanya membawa ke balai polis kerana dikatakan sering bergaduh dengan murid lain di sekolah.

Tindakan pasangan itu bukanlah untuk menghukum, tetapi sebagai pengajaran supaya anaknya lebih berdisiplin ketika ke berada di sekolah.



“Brehi gocoh di sekolah, papa wat gi balai polis terus lah doh napok nak jadi samseng sangat (suka sangat bergaduh di sekolah, papa bawa ke balai polis terus sebab nampak nak jadi samseng sangat). Tuan kecek (anak cakap) pandai, tahu pun takut,” tulis ibunya di ruangan kapsyen.

Melalui video yang dikongsikan ibunya @dylaamirul di TikTok kelmarin, anaknya yang masih bersekolah rendah itu meraung di dalam kereta selepas melihat seorang anggota polis datang ke arahnya seolah-olah mahu dikenakan tindakan.

Dalam masa sama, kanak-kanak berkenaan berulang kali meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung tindakan pasangan suami isteri terbabit.



“Kesian, tapi nak ajar mereka sebelum mereka pandai buli. Sebelum jadi bahaya, itulah sebaik-baiknya untuk anak faham tindakannya itu salah,” kata @Hzqq.

“Terbaik, ini cara didikan yang sepatutnya. Biar anak menangis sekarang jangan ibu bapa yang menangis nanti. Syabas mak ayah adik ini,” puji @lion lady.

“Pendapat aku, memang aku puji ibu bapa dia didik anak dari segi psikologi supaya anak dia jadi anak yang baik,” kata @Jebat Derhaka.

Perkongsian wanita itu kini meraih lebih 1 juta tontonan dalam masa dua hari dengan 52,900 tanda suka. K Online



‘Ampun, tak buat dah’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker