Bekas pensyarah UTM Dr. Abdullah Daud didakwa sebar ideologi keganasan IS

Seorang bekas pensyarah institusi pengajian tinggi awam (UTM) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas empat pertuduhan termasuk menanam fahaman ideologi keganasan berkait kumpulan pengganas Islamic State (IS), antara September 2023 hingga Jun lalu.

Tertuduh, Abdullah Daud, 70, hanya menyatakan faham, sejurus empat pertuduhan itu dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripadanya, kerana kes terbabit berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Bagi pertuduhan pertama, Abdullah didakwa menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas dengan cara menanam fahaman ideologi keganasan yang berkait kumpulan pengganas IS.

Abdullah turut didakwa membenarkan perjumpaan diadakan dalam rumahnya di Kampung Melayu Kangkar Tebrau, bagi menggunakan rumahnya untuk menyokong aktiviti keganasan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di rumah miliknya di Kampung Melayu Kangkar Tebrau, antara 3 September 2023 hingga 14 April lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Abdullah didakwa masing-masing mengikut Seksyen 130G (a) dan Seksyen 130H (a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan denda.



Selain itu, Abdullah turut didakwa memiliki dua buku bertajuk Hakikat Dienul Islam dan Tarbiyah Jihadiyah yang juga bahan yang berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS.

Warga emas itu turut didakwa memiliki dua buku digital dan dua video bahan yang berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS di dalam telefon bimbitnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kediamannya di Kampung Melayu Kangkar Pulai, pada 23 dan 28 Jun lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Abdullah didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucutkan hak bahan-bahan berkenaan.



Dalam prosiding sama, seorang kontraktor turut didakwa memiliki bahan yang berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Mohamad Awang, 48, yang juga hanya menyatakan faham.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Taman Daya, kira-kira jam 7.05 pagi pada 23 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucutkan hak bahan-bahan berkenaan.



Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rullizah Abdul Majid dan Lina Hanini Ismail dengan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh berikutan mereka ditahan mengikutSeksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang didakwa dengan kesalahan keselamatan.

Hakim kemudian memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadap kesemua tertuduh.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September depan bagi pengurusan kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker