Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
Kumpulan orang pekak menyuarakan kebimbangan terhadap kemajuan kes pengiring pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang didakwa memukul pemandu Grab di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.
Pengerusi Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Orang Pekak Malaysia (Dawn) Anthony Chong justeru menggesa peguam negara mempercepat proses pendakwaan.
Katanya, Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah lebih satu bulan menerima kertas siasatan daripada polis.
“Dengan berbuat demikian, AGC akan mempertegas komitmennya terhadap keadilan dan kesaksamaan, memastikan masyarakat pekak merasa selamat dan mendapat perlindungan daripada sistem perundangan,” katanya.
Terdahulu dia menyerahkan memorandum kepada wakil AGC di Putrajaya.
Dalam kejadian 28 Mei lalu, Ong Ing Keong, membuat laporan polis pada hari yang sama mendakwa dia diserang oleh salah seorang pengiring TMJ ketika menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.
Selain serangan itu, terdapat dakwaan penyelewengan prosedur ketika pihak polis mengendalikan laporan Ong, selepas dia didakwa ditawarkan RM800 sebagai pertukaran agar laporan itu ditarik balik.
Polis memuktamadkan siasatan pada 5 Jun dan menghantar kertas siasatan kepada AGC pada hari yang sama.
Sebelum ini Tunku Mahkota Ismail turut menggesa keadilan diberikan kepada mangsa.
Sementara itu, Chong juga berkata orang pekak berdepan cabaran berterusan, termasuk sering diabaikan.
“Kami menuntut keadilan. Golongan pekak mungkin kurang pengetahuan undang-undang, tetapi kami menolak dieksploitasi,” katanya. Mk
Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
You must be logged in to post a comment.