Pulanglah Fiffy

Pulanglah Fiffy

Seremban: “Saya harap Fiffy segera kembali ke rumah kerana keluarga amat menyayanginya, kami bimbangkan keselamatannya,” kata Zawawi Tajudin, 49, penjaga kepada Fiffy Arnatasya Abdullah, remaja yang dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh, Kuala Pilah pada 27 Jun lalu.

Zawawi berkata, Fiffy Arnatasya sebenarnya ketika ini di bawah jagaan Pusat Jagaan Akhlak Bukit Baru Melaka.

Bagaimanapun, kata Zawawi, Fiffy Arnatasya balik ke Kuala Pilah bersama seorang rakan perempuan daripada pusat jagaan sama tanpa pengetahuan pengurusan pusat jagaan terbabit.

“Selepas beberapa hari berada di rumah di Kuala Pilah, rakan maklumkan yang pengurusan pusat jagaan itu akan menjemput Fiffy untuk dibawa ke pusat jagaan berkenaan.

“Susulan itu, Fiffy keluar rumah kerana tidak mahu kembali ke pusat terbabit,” katanya dihubungi.

Zawawi yang bekerja sebagai tukang rumah di Kampung Terusan Juasseh berkata, Fiffy Arnatasya adalah anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia ketika dia berusia tiga tahun manakala bapanya dijemput Ilahi sebelum dia dilahirkan.

Menurutnya, sejak kecil dia menjaga Fiffy Arnatasya sehingga berusia 15 tahun sebelum dibawa bapa saudaranya untuk menetap di Kuala Lumpur.

Katanya, dia dimaklumkan, Fify Arnatasya diserah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di ibu negara sebelum dirujuk ke Pusat Jagaan Akhlak Bukit Baru Melaka.

“Jika diikutkan, kami boleh lepas tangan kerana dia di bawah jagaan pihak berkenaan, tetapi kami sayang pada Fiffy seperti anak sendiri kerana menjaganya sejak kecil.

“Kerana itu kami membuat laporan polis berkaitan kehilangannya,” katanya.

Zawawi yang dipanggil abah oleh Fiffy Arnatasya berkata, Fiffy Arnatasha sebenarnya adalah anak yang baik selain bijak.

Katanya lagi, usaha mengesan Fify Arnatasya terus dijalankan keluarganya walaupun sukar kerana telefon bimbit remaja itu tidak dapat dihubungi, malah pesanan melalui aplikasi Whatshapp juga tidak berbalas.

“Hasrat saya ialah menjaga Fiffy sebaik mungkin. Namun, saya akui, Fiffy perlu dikembalikan ke pusat jagaan berkenaan sehingga usianya 18 tahun,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Fiffy Arnatasya yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Kuala Pilah sejak 28 Jun lalu.

Remaja itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh, 27 Jun lalu.

Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 150 sentimeter dan berat sekitar 45 kilogram, selain berambut warna separuh perang, lurus serta panjang separas bahu. HM

Pulanglah Fiffy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker