Fiffy Arnatasya sudah 18 hari hilang

Fiffy Arnatasya sudah 18 hari hilang

KUALA PILAH: Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah, kira-kira jam 1 pagi 28 Jun lalu.



Beliau berkata, remaja itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh, pada 27 Jun lalu.

“Berdasarkan hasil siasatan awal, kehilangan itu adalah kali kedua berlaku tetapi pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat menemui dan membawanya pulang ke rumah.

“Kali ini, remaja itu tidak pulang ke rumah hingga hari ini. Difahamkan, dia juga tidak bersekolah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter dan berat sekitar 45 kilogram, selain berambut warna separuh perang, lurus serta panjang separas bahu.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menerusi talian 06-484 2222. BH

Fiffy Arnatasya sudah 18 hari hilang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas



Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker