Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
SEBERANG PERAI – Polis mengklasifikasikan kematian dua wanita yang mayat mereka ditemui dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam di sini semalam sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan proses bedah siasat terhadap mayat dua wanita terbabit sudah pun selesai dijalankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), hari ini.
“Setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai SDR (mati mengejut),” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.
Sementara itu, jenazah kedua- dua wanita berusia 25 dan 35 tahun itu sudah dituntut ahli keluarga kira-kira pukul 2 petang tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.
Jenazah dibawa pulang dengan menaiki van ke kediaman masing-masing di Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Terdahulu, dilaporkan satu daripada dua mayat wanita yang ditemui di dalam sebuah SUV merupakan penjawat awam.
Perkara itu disahkan salah seorang waris kepada mangsa berusia 32 tahun di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.
Menurut abang mangsa yang enggan dikenali, adik keempat daripada lima beradik itu dipercayai datang ke negeri ini bersama rakannya berusia 25 tahun dari Seremban untuk bercuti. K Online
Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah
You must be logged in to post a comment.