Pelajar perubatan mengaku miliki video lucah dirakam dalam tandas
Pelajar perubatan mengaku miliki video lucah dirakam dalam tandas
MUAR: Pelajar perubatan sebuah universiti swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak yang dirakam menggunakan telefon bimbit dalam tandas sebuah gereja, bulan lalu.
Tertuduh, Desmond Tan Chee Yong, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, anak sulung daripada dua beradik itu didakwa dalam milikannya pornografi kanak-kanak di sebuah gereja di Pusat Komersial Sialin, jam 9 malam, 29 Jun lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan hukumannya penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh memasuki tandas bangunan di tingkat 3 dan meletakkan telefon bimbit dalam sampul duit raya.
Tertuduh kemudian membuka kamera dan meletakkannya dalam tandas untuk tempoh sejam sebelum datang mengambilnya.
Namun, pada hari kejadian, salah seorang mangsa yang juga kanak-kanak menggunakan tandas sebelum terpandang sampul terbabit.
Mangsa mahu mengetahui apa objek dalam sampul terbabit selepas berasa panas ketika menyentuhnya.
Apabila dibuka, mangsa mendapati terdapat telefon bimbit dengan kamera masih terpasang lalu melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.
Siasatan polis mendapati dalam rakam terbabit terdapat sembilan mangsa terdiri lima kanak-kanak dan empat dewasa yang sedang mandi serta membuang air.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos ini untuk laporan sosial, fakta dan hukuman.
Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar setiap bulan sehingga kes selesai.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki gambar lucah atau tidak sopan pada tarikh dan waktu sama.
Majistret Fatin Dalilah Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 sebelum kes disebut semula pada tarikh sama dengan kes di Mahkamah Sesyen. BH
Pelajar perubatan mengaku miliki video lucah dirakam dalam tandas
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.