Guru disiplin tampar, tarik rambut pelajar didakwa

Guru disiplin tampar, tarik rambut pelajar didakwa

MELAKA: Guru disiplin di sebuah sekolah di negeri ini, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan mencederakan pelajarnya kerana bertindak biadap, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Heirman Ishak, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan dalam prosiding kes di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Noor Alif Fitri Anuar, 19, dengan menampar muka beberapa kali dan menarik rambutnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik guru pada 9 Disember 2022, kira-kira jam 11.30 pagi.

Mohd Heirman didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon tarikh sebutan baharu untuk serahan dokumen.

Peguam, Nor Azmi Mohd Arif bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya masih berkhidmat sebagai guru serta menanggung dua anak yang masih belajar serta ibu terlantar sakit.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tidak boleh mengganggu mangsa hingga perbicaraan selesai.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi pengurusan kes dan serahan dokumen. BH

Guru disiplin tampar, tarik rambut pelajar didakwa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker