Cadangan elaun kos sara hidup Tingkatan Enam akan diperincikan

KANGAR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan butiran cadangan penyediaan elaun kos sara hidup pelajar dan guru penolong kanan Tingkatan Enam untuk dibentangkan kepada kerajaan.

Ia termasuk cadangan bantuan geran per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya masih berada dalam peringkat penelitian bagi memperincikan cadangan itu pada waktu ini.

“Kita masih lagi dalam peringkat memperincikan cadangan berkenaan dan ia sebenarnya adalah susulan hasil daripada komitmen KPM dan kerajaan untuk menaik taraf dan memberikan penjenamaan semula.kepada Tingkatan Enam.

“Disebabkan itulah Tingkatan Enam kini dikenali sebagai Pra Universiti dan ia adalah inisiatif yang kita hendak beri tumpuan pada mereka (pelajar Tingkatan Enam), adalah untuk melihat bagaimana sudut elaun mereka dan peranan yang dimainkan pentadbiran Kolej Tingkatan Enam.

“Malah, cadangan ini juga memberi peranan besar terhadap peluang pendidikan kepada pelajar Tingkatan Enam ini diperluaskan dan dipertingkatkan kualitinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Daurah Hadis 40 Imam Nawawi KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Pendidikan Perlis, Ros Aza Che Ariffin.

Fadhlina berkata, cadangan terbabit kemudian akan diangkat ke peringkat belanjawan negara menerusi Kementerian Kewangan dalam melihat keperluan yang ada dalam cadangan itu.

“Perkembangan perincian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kerana kita yakin pelajar Tingkatan Enam sekarang mempunyai potensi baik dan menjadi salah satu akses pendidikan di negara ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, KPM sedang mempertimbangkan penyediaan elaun kos sara hidup pelajar Tingkatan Enam sebagai sebahagian usaha menarik lebih ramai pelajar menyertai program itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, dilaporkan berkata turut dipertimbangkan KPM juga elaun untuk guru penolong kanan Tingkatan Enam dan bantuan geran per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran STPM.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker