Pelajar IPT ditangkap khalwat bagi alasan takut tinggal seorang

Pelajar IPT ditangkap khalwat bagi alasan takut tinggal seorang

IPOH – Bimbang tinggal berseorangan ekoran rakan serumah pulang ke kampung merupakan alasan diberi seorang pelajar perempuan sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) yang ditahan bersekedudukan bersama pasangan di sebuah pangsapuri di Meru semalam.

Pelajar perempuan berusia 20 tahun dan pasangan berusia 22 tahun itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada pukul 11.20 pagi.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, serbuan dijalankan di kediaman berkenaan selepas menerima maklumat awam berkaitan pasangan itu yang tinggal bersama sejak seminggu lalu.

“Ketika ditangkap, pelajar perempuan itu memberi alasan tinggal berseorangan kerana rakan-rakan serumahnya pulang ke kampung masing-masing.

“Bimbang dengan keselamatan diri, dia kemudian menumpang di rumah sewa pasangannya di mana semua rakan lelaki itu juga pulang ke kampung bercuti,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelajar terbabit dan pasangannya yang juga menuntut di IPT sama dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan, JAIPk untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan ke atas pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.

“Kedua-dua pelajar itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan bon jaminan penguatkuasa,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Harith Fadzilah menasihatkan orang Islam khususnya pasangan remaja agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.

“Masyarakat setempat juga diharap dapat memainkan peranan dan membudayakan amar makruf nahi mungkar dalam mengekang pelakuan maksiat di kalangan umat Islam,” katanya. K Online

Pelajar IPT ditangkap khalwat bagi alasan takut tinggal seorang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker