Tokpa tinggalkan Muhyiddin dan Bersatu

NIBONG TEBAL: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau hanya mengetahui bekas menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak lagi menjadi ahli parti BERSATU berdasarkan laporan berita.

Presiden BERSATU itu berkata, beliau menghormati keputusan yang diambil bekas Ahli Parlimen Jeli itu dan secara peribadi masa menganggap Mustapa atau popular dipanggil sebagai Tok Pa sebagai sahabat.

“Saya baru dengar, saya pun baca berita yang dia tidak lagi menjadi ahli BERSATU, saya tak dapat berita apa sebab mungkin dia lepas saja dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, dia tak nak bertanding lagi.



“Tapi tak apalah, Mustapa sahabat saya, saya harap walaupun begitu dia masih boleh dapat beri kerjasama seperti yang telah diberikan waktu beliau dalam BERSATU,”katanya selepas sesi minum petang di Taman Puteri Gunung di sini, hari ini.

Muhyiddin turut percaya Mustapa tidak akan menjadi ahli mana-mana parti lain dan langkah beliau mengumumkan pengunduran sebagai ahli BERSATU berkemungkinan ingin membebaskan diri daripada terbabit dalam politik.

Dilaporkan Mustapa mengulangi pendiriannya bahawa beliau sudah berpencen daripada politik dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut memaklumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti BERSATU pada 30 September, tahun lalu.



Sebelum ini, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor dilapor berkata, beliau sedia memberi laluan kepada Mustapa untuk bertanding di Parlimen Gua Musang atau Jeli jika PRK diadakan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker