Lisa Blackpink pecah rekod dunia

KUALA LUMPUR: Bintang K-Pop sensasi, Lalisa Manobal atau lebih dikenali sebagai Lisa tampil dengan single baharu berjudul Rockstar.

Rockstar terbitan Ryan Tedder dan Sam Homaee adalah single solo pertama anggota kumpulan wanita K-Pop popular, Blackpink itu di bawah kerjasama syarikat pengurusannya, LLOUD Co dan RCA Records.

Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD Co ditubuhkan oleh Lisa dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan.

“Rockstar memperlihatkan kemampuan Lisa yang menggabungkan seni rap dan vokal pop bertenaga.

“Lisa kali pertama memperkenalkan sedutan single Rockstar pada awal bulan ini menerusi hantaran dalam TikTok.

“Ia mencipta sejarah apabila memecahkan rekod dunia dengan menerima sejuta pengikut dalam masa dua jam dan 18 minit.

“Selepas mengumumkan kelahiran single solo, ia disambut dengan penuh kegembiraan dan sokongan peminat,” kata kenyataan media yang dikeluarkan syarikat publisiti, The Lede Company.

 

Single Rockstar memperlihatkan kemampuan Lisa yang menggabungkan seni rap dan vokal pop bertenaga. - Foto IG Lisa Blackpink
Single Rockstar memperlihatkan kemampuan Lisa yang menggabungkan seni rap dan vokal pop bertenaga. – Foto IG Lisa Blackpink

Sempena kemunculan single Rockstar, Lisa juga berkongsi video muzik rasmi arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.

Dirakam di Bangkok, Thailand, video muzik yang trending nombor satu di YouTube itu memberi peluang kepada Lisa menyelami kota kelahirannya, sambil memberi penghormatan kepada budaya dan kehidupan jalanan Thailand pada saat dirinya menampilkan dirinya sebagai bintang rock dengan selingan koreografi memukau.

Sehingga kini, video muzik Rockstar ditonton hampir 20 juta pelayar dalam tempoh 11 jam.

Selain kejayaan dengan Blackpink, Lisa juga pernah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai artis solo apabila lagu Lalisa dan Money memasuki carta Top 10 Billboard Global 200.

Selain itu, single Money juga memegang rekod sebagai lagu paling lama bertahan dalam carta lagu Billboard Hot 100 sebagai artis solo wanita K-Pop di Amerika Syarikat dan lagu solo di United Kingdom.

Tahun lalu, Lisa memecahkan tiga rekod dunia Guinness dengan pengikut Instagram (IG) terbanyak untuk artis K-Pop iaitu 103 juta pengikut. Lisa juga pemenang solo K-Pop pertama di Anugerah Muzik Video MTV dan Anugerah Muzik Eropah MTV.

Dalam perkembangan lain, Lisa akan membintangi siri The White Lotus musim ketiga. Watak itu akan menjadi pengenalannya sebagai pelakon dan Lisa juga dikatakan sedang menjalani penggambaran di Thailand.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker