4 sahabat sehidup semati

4 sahabat sehidup semati

KLUANG: Seorang lagi penumpang Proton Wira yang terbabit dalam nahas mengorbankan tiga sekawan di Jalan Renggam Simpang Renggam, tengah malam tadi disahkan meninggal dunia jam 2.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa, Nor Aminul Fitri Nor Azmi, 21, meninggal dunia ketika dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK),



“Mangsa yang duduk di kerusi belakang bekerja sebagai mekanik kereta pada mulanya parah kerana cedera di bahagian kepala dan badan, sebelum dikejarkan ke HEBHK.

“Hasil siasatan awal mendapati Proton Wira dari arah Simpang Renggam menghala ke Renggam.

“Sampai di tempat kejadian, Proton Wira hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebatang tiang elektrik pada masa kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Terdahulu tiga sahabat yang maut di lokasi kejadian ialah Mohamad Ziyad Azmi, Ahmad Manan Zaini dan Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, semuanya berusia 21 tahun, dalam kejadian kira-kira 11.45 malam tadi. BH

4 sahabat sehidup semati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker