Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Negara Tajikistan telah mengesahkan undang-undang yang mengharamkan penggunaan hijab sehingga menimbulkan reaksi yang pelbagai di kalangan penduduk majoriti Muslim, lapor Euro News.

Dalam masa yang sama, tindakan pemerintah yang menutup hampir 2,000 masjid selama tiga dekad pemerintahan Presiden Emomali Rahmon telah menimbulkan perdebatan hangat.

Pada minggu lalu, Parlimen Tajikistan telah meluluskan undang-undang yang melarang penggunaan hijab melalui draf undang-undang “tradisi dan perayaan”.

Undang-undang ini bukan sahaja melarang penggunaan, tetapi juga mengimport, menjual, dan memasarkan pakaian yang dianggap asing bagi budaya Tajik.

Majoriti pegawai dan masyarakat awam melihat larangan ini sebagai tindakan yang disasarkan terhadap pakaian khas Muslim, termasuk hijab.

Tindakan ini disusuli dengan larangan dan denda bagi sesiapa yang melanggar undang-undang ini.

Langkah ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai percubaan untuk menyelaraskan identiti nasional dengan mengabaikan kebebasan beragama yang dijamin dalam perlembagaan negara tersebut.

Selain itu, tajikistan telah mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila memaksa penutupan hampir 2,000 masjid pada tahun 2017.

Penutupan ini dilakukan dalam tempoh satu tahun, dengan masjid-masjid tersebut digantikan dengan kafe, bioskop, kedai teh, dan pusat perubatan seperti klinik.

Langkah ini dilihat sebagai usaha pemerintah untuk mengawal aktiviti keagamaan dan mempromosikan budaya sekular di negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Vc

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker