Wanita dituduh bunuh anak angkat 5 tahun

Wanita dituduh bunuh anak angkat 5 tahun

Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh anak angkatnya di sebuah rumah di Taman Malcop, Ipoh, awal bulan ini.

Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 28, mengangguk tanda memahami pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun itu, yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret S Punitha.



Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa perbicaraan Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan itu antara tempoh 5 Jun hingga 10 Jun dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,lapor Berita Harian.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minimum 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Dalam pada itu, ibu kandung mangsa, Siti Nurhidayatul Akmar Mohd Zamry, 28, meluahkan rasa sangat kecewa, sambil menyuarakan, “Kenapa buat anak aku macam tu?”, ketika tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah.

Bercakap kepada pemberita, Nurhidayatul berkata, dia dan tertuduh disifatkan rakan baik sejak zaman persekolahan.

Katanya, anaknya yang meninggal dunia merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan diberikan kepada tertuduh kerana tidak mempunyai anak walaupun sudah lama berkahwin. FMT



Wanita dituduh bunuh anak angkat 5 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker