Urus niaga MAHB tak babit BlackRock, kata GIP

Urus niaga MAHB tak babit BlackRock, kata GIP

Global Infrastructure Partners (GIP) menjelaskan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, tidak terlibat dalam sebarang urus niaga Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Syarikat itu turut yakin MAHB akan mendapat manfaat daripada pelaburan tinggi, tahap perkhidmatan lebih baik dan pertumbuhan penumpang kukuh.



“MAHB mempunyai prospek baik untuk mendapatkan semula kedudukan pasarannya dan menambah baik sambungan inetwork, yang mencatatkan prestasi rendah dalam beberapa tahun ini,” katanya menurut Bernama.

Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi GIP iaitu anak syarikatnya, dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Mereka mendakwa walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) hanya memiliki 30% pegangan, ia membenarkan kemasukan BlackRock dalam pengurusan dan memiliki 39 lapangan terbang di Malaysia.

Pengkritik juga menuduh BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel. FMT



Urus niaga MAHB tak babit BlackRock, kata GIP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker