Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
Ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad terkejut apabila menjumpai beberapa bungkusan kecil yang diikat dengan benang di atas kubur arwah.
Perkara itu diketahui semasa ahli keluarga Allahyarham Mohammad Yassin yang juga merupakan bapa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu melawat pusaranya pada Hari Raya Aidiladha semalam.
Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok, kelihatan banyak bungkusan kecil di atas pusara yang dikutip oleh ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar.
Tinjauan di ruang komen mendapati, ada yang mendakwa bungkusan itu merupakan buhul sihir yang bertujuan untuk membunuh atau menyebabkan lumpuh anggota badan.
“Buhul sihir ini bang. Entah siapalah yang kena dalam ikatan sihir itu. Semoga dipermudahkan urusan,” kata Asyhym.
“Buhul ni kalau ada dekat kubur jangan angkat bang. Nanti kena pada ahli keluarga pula. Buhul tu tanda ikatan sihir terputus dengan arwah, jadi dikhuatiri kalau angkat (guna tangan) takut ahli keluarga pula kena. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH,” komen Hamba Allah.
“Kubur arwah adik saya pun pernah ada org cucuk setanggi. Macam-macamlah benda-benda kurafat orang-orang ini kadang,” kongsi Yanna.
Untuk rekod, Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun.
Pada 1955, Allahyarham menerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan beliau sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama Johor. K Online
[videopress fZUD7hsj]Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Cetus kontroversi lagi malam tadi, Ketua Pengarah RTM kecewa dengan Ustaz Don
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
- Dah enam bulan dia hilang, keluh suami yang setia menanti
- Saya juga nak tahu – Anwar
- 1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’
- Pandangan Johor rakan kongsi bercanggah perlembagaan – Pakar
- Sila minta perkenan Raja-Raja sebelum bina sekolah tak guna pengantara BM
- Sanggup kutuk Malaysia sebab nak kawan dengan Mat Saleh
- Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal
- Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella
- Satu Malaysia akan gembira – kakak ibu Zayn Rayyan
- Belasah kekasih sebab marah keluar beli sayur
- Sebab muka selenga saya jatuh cinta dengan dia – Ain Edruce
- Amelia, Aedy Putus Cinta?
- Bunuh penyelia ladang kerana rogol isteri dan gaji rendah, dua beradik dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit
Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British