Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia
Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina hari ini.
Menurutnya, jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.
“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya,” katanya.
Pejabat Menteri Pendidikan turut merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cetus kontroversi lagi malam tadi, Ketua Pengarah RTM kecewa dengan Ustaz Don
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
- Dah enam bulan dia hilang, keluh suami yang setia menanti
- Saya juga nak tahu – Anwar
- 1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’
- Pandangan Johor rakan kongsi bercanggah perlembagaan – Pakar
- Sila minta perkenan Raja-Raja sebelum bina sekolah tak guna pengantara BM
- Sanggup kutuk Malaysia sebab nak kawan dengan Mat Saleh
- Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal
- Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella
- Satu Malaysia akan gembira – kakak ibu Zayn Rayyan
- Belasah kekasih sebab marah keluar beli sayur
- Sebab muka selenga saya jatuh cinta dengan dia – Ain Edruce
- Amelia, Aedy Putus Cinta?
- Bunuh penyelia ladang kerana rogol isteri dan gaji rendah, dua beradik dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney
Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit
Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British