Pelajar lelaki ditikam rakan seasrama

Pelajar lelaki ditikam rakan seasrama

IPOH – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera ditikam rakan serasrama dalam pergaduhan di sebuah sekolah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang warden pada pukul 4.31 petang berkaitan pergaduhan dua pelajar di asrama sekolah tersebut.



“Mangsa telah ditikam di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan menggunakan dua bilah pisau. Remaja itu kini mendapat rawatan di Hospital Seri Botani.

“Susulan kejadian itu, tangkapan dijalankan ke atas seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun pada pukul 6 petang yang juga rakan seasrama mangsa untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, permohonan reman dibuat ke atas remaja itu di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

“Kita juga akan mengambil keterangan saksi-saksi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.



“Saksi yang mempunyai maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jagdeep Singh Jaswant Singh di talian019-4424361 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. K Online

Pelajar lelaki ditikam rakan seasrama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker