Remaja, bayi maut dipercayai keracunan makanan lepas makan telur mata

Remaja maut dipercayai keracunan makanan lepas makan telur mata

Gombak: “Isteri membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin dan dimakan kami lima beranak,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Kamal yang kematian anak lelakinya berusia 17 tahun dipercayai akibat keracunan makanan, hari ini.

Kamal berkata, hanya dia, isteri dan anak lelaki makan telur mata berkenaan, manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun.



Menurutnya, arwah makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut hingga hari ini.

“Hari ini, saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.

“Saya difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.



Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.

“Bagaimanapun tiada pelajar sekolah itu yang terbabit dengan kes keracunan.

“Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dan dakwaan membabitkan dua kematian membabitkan pihak ketiga (orang luar),” katanya.

Beliau berkata, Jais masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.



Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. HM

Bayi juga maut

Kes kedua pula melibatkan mangsa seorang bayi perempuan berusia dua tahun.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang sama telah membawa balik makanan selepas selesai program berkenaan dan memberi mangsa makan makanan tersebut.



Bagaimanapun pada pukul 10.45 pagi semalam, ibu mangsa mendapati bayinya dalam keadaan demam, muntah dan cirit birit.

“Ibunya telah membawa mangsa ke Hospital Selayang.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan oleh pegawai perubatan,” ujarnya.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.



“Siasatan awal mendapati kedua-dua kes melibatkan makanan yang diambil dari sekolah yang sama,” ujarnya.

Remaja maut dipercayai keracunan makanan lepas makan telur mata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker