Dah mula dah, pengeluar konkrit, ‘towing’ naik harga susulan penyasaran diesel

Beberapa syarikat mengesahkan kenaikan harga perkhidmatan.

Dah mula dah, pengeluar konkrit, ‘towing’ naik harga susulan penyasaran diesel

Syarikat penunda kenderaan dan pengeluar konkrit menaikan harga perkhidmatan susulan peningkatan harga diesel.

Sekurang-kurangnya dua pengeluar konkrit, DPG Readymix Sdn Bhd dan LCS Marketing Sdn Bhd, mengesahkan kepada FMT bahawa pihak syarikat meningkatkan harga selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.



Ketika dihubungi, jurucakap syarikat berpangkalan di Kelantan, DPG Readymix berkata mereka dimaklumkan tidak layak mendapatkan kad fleet bagi subsidi diesel.

Katanya, syarikat lain juga dikatakan mengambil langkah sama menaikan harga.

Dalam pada itu, notis daripada LCS Marketing, berpangkalan di Pahang, berkata harga konkrit meningkat kepada RM12 satu meter padu dalam jarak 30km.

“Bagi jarak melebihi 30km, caj tambahan akan dikenakan,” kata notis berkenaan. Pihak LCS Marketing mengesahkan notis itu ketika dihubungi dan menyatakan langkah tersebut susulan harga diesel lebih tinggi.



Sementara itu, Hong Guan Towing Service juga mengesahkan pihaknya menaikkan harga perkhidmatan.

“Tiada subsidi diperuntuk kepada trak penunda,” katanya dalam notis.

Kedai barangan logam, Chuan Soon Heng Sdn Bhd, juga mengeluarkan notis memaklumkan pengguna mengenai peningkatan harga, menyatakan 25% kenaikan ‘caj trak’ berkuat kuasa semalam.

“Selepas semakan mendalam peningkatan kos pengangkutan kami, perkapalan dan produk, kami perlu mengambil keputusan sukar menaikkan harga bagi semua barangan. Caj pengangkutan juga akan disemak,” katanya dalam notis. FMT



Dah mula dah, pengeluar konkrit, ‘towing’ naik harga susulan penyasaran diesel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker