Jakim akan panggil Ustaz Don

Jakim akan panggil Ustaz Don

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Ustaz Don Daniyal bagi mengadakan perbincangan serta mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi yang melanda pendakwah terkenal itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, susulan itu, beliau akan berbincang dengan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusof sebelum mengadakan pertemuan itu pada bila-bila masa.

“Kita dalam Islam, asas agama untuk menasihati antara satu sama lain dan Jakim sebelum ini memang mengambil pendekatan untuk menasihati.

“Jadi, saya akan bercakap dengan Ketua Pengarah Jakim dan bincang benda ini, ia tidak perlu serius sangat. ‘Over the table atau tea’ (secara santai), kita boleh jemput,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Al-Liqa Al- Qaniniy 2024 di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, individu terlibat dinasihatkan untuk sentiasa merendah diri dan mengakui kesilapan sekiranya ada.

“Cuma kena ada sifat rendah diri untuk terima kita silap, mengakui kesilapan tidak kira sebesar mana kita, kena ada sifat tawaduk untuk terima kesilapan dan terus pandang depan,” katanya.

Semalam, Don Daniyal ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi yang terpalit dengan dirinya.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid, 40, ‘direhatkan’ untuk meredakan keadaan yang tegang di platform media sosial. K Online

Jakim akan panggil Ustaz Don

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker