Lepas curi Honda City, ceroboh rumah orang

Lepas curi Honda City, ceroboh rumah orang
BENTONG – Suspek yang mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Kuantan hanya sempat tidur selama kira-kira dua jam selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis di Karak sebelum ditahan pihak polis.

Suspek yang berusia 40 tahun meninggalkan kereta jenis Honda City di Pekan Karak sebelum menumpang orang awam ke Kampung Chinta Manis di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil maklumat awam mengenai kes pencerobohan rumah, satu serbuan dilakukan di rumah tersebut pada pukul 12.45 malam ketika suspek sedang tidur di ruang tamu rumah.

“Berdasarkan keterangan pemilik rumah pada pukul 10 malam suspek datang ke rumah berkenaan dan terus masuk ke dalam rumah.

“Suspek kemudian mengurung penghuni rumah dalam sebuah bilik dan suspek telah tertidur diruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis,”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. K Online

Lepas curi Honda City, ceroboh rumah orang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker