Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim

PETALING JAYA: Dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis, di KM396.5 Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata sebelum kejadian sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPK Perak mengekori sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, pada 11.32 malam.

Katanya, selepas sedar diekori, suspek bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.



“Polis mengejar suspek sehingga ke Hentian Sebelah Tanjung Malim dan berjaya menghentikan kenderaan suspek.

“Semasa kejadian suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan dan polis membalas tembakan sehingga keadaan selamat. Pemeriksaan mendapati dua suspek dalam kenderaan tersebut dalam keadaan berlumuran darah dan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Hussein berkata, suspek maut merupakan lelaki tempatan dengan seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah serta dikehendaki polis, manakala seorang lagi identiti masih dikenal pasti.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60641223.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker